PERHATIAN!!!

Assalamualaikum,

Kami di U Kids Mart dengan berbesar hati ingin menjemput pengunjung sekalian ke laman baru kami di www.ukidsmart.com. Laman www.ukidsmart.blogspot.com hanya akan dijadikan rujukan buat masa sekarang. Segala urusan jual beli dan pertanyaan boleh dilakukan di laman baru kami.

Terima kasih kerana setia bersama kami.






Ecwid

Followers

FAQ

Bagaimana nak order?
Boleh rujuk `purchasing guide`.  Mempunyai panduan lengkap untuk menempah. Jangan lupa create account dulu ye sebelum membuat tempahan.


Boleh tak saya nak tempah melalui SMS?
Maaf, pihak U Kids Mart tidak menerima sebarang tempahan melalui SMS untuk mengelakkan sebarang kecuaian sewaktu mengambil tempahan. Contohnya, maklumat tempahan tak lengkap, silap alamat, terlupa anda menempah dan tersilap menghantar tempahan. Mohon kerjasama anda untuk mendaftar dan menggunakan system baru kami.

Boleh tak kalau saya nak COD (Cash on Delivery) atau Pick-up di mana-mana?
Maaf, kami tidak menyediakan perkhidmatan ini kerana U Kids Mart beroperasi  secara online sahaja.  Melainkan atas budi bicara kedua-dua belah pihak ye. 

Mengapa Pos Laju yang dikenakan adalah RM 8 bagi Semenanjung Malaysia?
U Kids Mart mengenakan flat rate atau kadar rata untuk di mana-mana destinasi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, RM10.  Tidak kira sama ada anda membeli sedikit atau banyak (kecuali untuk big items atau pembelian secara borong). Jadi kami berharap agar anda dapat manfaatkan ia sepenuhnya. Rancanglah pembelian anda. Buy more and you will save more.

Design yang ini atau itu masih ada tak?
Boleh klik pada gambar dan paparan berikut akan keluar.  Item yang telah dijual akan dikeluarkan dari paparan.



Bagaimana nak hubungi U Kids Mart?
Pekerja U Kids Mart adalah ibu yang menyusukan anak secara eksklusif, jadi kami lebih gembira jika anda dapat isi `inquiry form` untuk pertanyaan.  Atau boleh YM (yahoo messenger) dengan pihak kami. InsyaAllah, kami akan balas secepat mungkin kerana U Kids Mart beroperasi 24 jam.  Kami mohon jasa baik para pelanggan untuk SMS perkara yang urgent sahaja ye. ^__^

Harga tak boleh kurang ke?
Maaf, harga adalah fixed. Kami cuba untuk menawarkan kepada anda antara harga yang terendah di pasaran.. Harap anda memahami ye.

Saya nak beli banyak, boleh tak dapat murah?
Ya, anda boleh beli secara borong.  Jika berminat, sila isi `inquiry form` untuk pertanyaan.  Saya akan berikan harga borong pada anda.  Boleh kongsi-kongsi dengan rakan sekerja, jiran-jiran atau adik beradik ye.

Saya nak bagi hadiah pada seseorang, U Kids Mart boleh tolong balutkan tak?
Boleh, hanya tambah RM2 untuk  wrapper ye dan kami akan terus hantar padanya.

Apa istimewanya bila mendaftar dengan U Kids Mart?
Anda terlebih dahulu akan menerima emel tentang sebarang promosi yang kami adakan.  Termasuklah barang-barang yang baru tiba. kami menyediakan sistem tempahan yang sistematik. Semuanya untuk kemudahan anda. Ada invoice untuk simpanan anda juga seperti di bawah ini.